PENINGKATAN EKONOMI

>> Nov 15, 2010

Gambar kenangan: Para peserta Seminar

Program: Seminar Ibu Tunggal
Ceramah I: Kerohanian disampaikan oleh Pst Laura
Ceramah II : Peningkatan Ekonomi yang disampaikan oleh Puan Jornah Mozihim
Tarikh: 30hb Oktober, 2010
Tempat: Kg. Pakuh, Matunggong
Anjuran: Pusat Pembangunan Wanita PCS

Ceramah tersebut telah memotivasikan 70 lebih orang wanita Gereja.

Pengisian:
1. Bagaimana mengatur Ekonomi Keluarga
2. Bagaimana meningkatkan ekonomi Keluarga
3. Bagaimana mencapai sasaran New Ekonomic Model yang mensasarkan setiap keluarga harus ada RM48 ribu setiap tahun atau RM4 ribu setiap bulan menjelang wawasan 2020.

Ceramah adalah khas bagi mereka yang menceburi TANAMAN JANGKA PANJANG.

Marilah kita mewar-warkan sasaran NEM agar orang kita tidak ketinggalan. Fikirkan sekarang bagaimana kita mencapai sasaran tersebut.

Saya amat gembira dapat berkongsi idea yang dapat membangkitkan semangat orang kita. Setakat ni saya dah kongsikan idea tersebut kpd 140 orang; iaitu 72 orang wanita peserta Seminar di Gereja Kg. Pakuh dan pada malam itu (hari yang sama) sempena Majlis makan malam di Gereja Kandawayon, telah dapat mengongsikan idea tersebut kepada 60 lebih orang.

Keesokannya; saya mendapat feedback di mana seorang ibu berumur lingkungan 70an (peserta Seminar di Kg. Pakuh) telah mengumpulkan semua anak/cucunya pada malam itu juga dan mengongsikan ceramah tersebut.

Ceramah ini dikhususkan kpd orang Rungus yang punya bidang tanah yg belum diusahakan.

Untuk maklumat lanjut tentang Ceramah Peningkatan Ekonomi tersebut, sila lihat album di Facebook saya bertajuk: Seminar Ibu Tunggal



Read more...

ORANG SABAH YANG KONONNYA MEREMPAT DI SEMENANJUNG

>> Mar 1, 2010

Kopivosihan. Boros do Rungus o gunaon ku siti, tu i sasaran do habaran ku diti, ino-no it ongo ulun tokou.

Ong keseluruhan, ogumu-no o noboros dit ongo pemimpin tokou sid Kerajaan sid ongo surat khabar no ong sid TV no. Nga, iti hal diti, kakal i menyelidik o kerajaan, samada dot i habal dino otopot antawa baiko nihali-hali dit persatuan di pinahabal.

Isai o kabasa diti surat ku, mihahabal-no:

KESO: it ongo belia tokou di minamadkaraja sid Semenanjung om nakalapas antad sid karaja, okon nga baiko novudutan dot ongo agensi pekerjaan, ataupun, amu no kogoos sid karaja baru dau, sampai kakanan om intoronon nga osusa-no, tahakan oku di ngaran om nombor perhubungan dau. Popungon o maklumat sitid blogku.

KODUVO: It ongo molohing di varot anak sid Semenanjung do kiumaraja, ong elaan dikou dot okon-no ko kumaraja po ioti hiza diti, osuhul do suhuon-no muli sid Sabah supaya amu kahajang do karaatan.

Torima Kasih

Read more...

MESYUARAT PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI ASRAMA PCS

>> Feb 15, 2010

KUDAT: SABTU 13FEB, 2010

Mesyuarat telah meluluskan perkara-perkara berikut:-
1. Untuk menubuhkan sebuah Persatuan dipanggil PERSATUAN ALUMNI ASRAMA PCS
2. Telah meluluskan alamat urusan dan alamat surat menyurat Persatuan.
3. Telah meluluskan Perlembagaan Persatuan.

Mesyuarat juga telah meluluskan bahawa Presiden Gereja PCS adalah Penaung Persatuan Alumni Asrama PCS.

Mesyuarat penubuhan tersebut telah diwakili oleh 12 daerah penuh sebagai pra-syarat ROS untuk penubuhan sebuah Persatuan di peringkat negeri.

Persatuan itu juga mempunyai 14 orang ahli sewaktu mesyuarat penubuhan. Penambahan ahli hanya akan dilakukan sebaik sahaja Pendaftaran diluluskan. Jawatankuasa Penaja terdiri daripada 11 orang.

Puan Jornah Mozihim - Pengerusi Penaja
Encik Jeffrey Kuah - Timbalan Pengerusi
Encik Jeslis Enggam - Setiausaha penaja
Encik Jasman Justin - Penolong Setiausaha
Encik Henry Marajam - Bendahari
Encik Mailin Mosimbin - AJK
Puan Rosemary Sinongkuan - AJK
Encik Lee Thau Min - AJK
Encik Jetol Bolongkikit - AJK
Encik Justin Sali - AJK
Encik Ronald Yusri Batahong - AJK

Pengerusi Penaja dan Setiausaha Penaja akan bertanggungjawab untuk menangani pendaftaran Persatuan ini dengan Pendaftar Pertubuhan(ROS)

Read more...

SEDANG MENCARI PEKERJAAN?

>> Jan 3, 2010

Kepada anda yang mencari-cari pekerjaan, sebelum mengambil keputusan untuk mengambil tawaran-tawaran pekerjaan dari Semenanjung Malaysia dan negara-negara jiran, sila merujuk terlebih dahulu dengan Sabah Job Centre (SJC). Layari www.joblink.sabah.gov.my

Ramai di kalangan belia-beliawanis kita yang tertipu dengan tawaran-tawaran yang "too good to be true".

Kepada anda yang bekerja di Semenanjung, adalah amat penting untuk anda mengetahu siapa yang boleh dihubungi di KL apabila mempunyai masalah yang mendesak di luar kemampuan anda...hubungi RUMAH SABAH, KL.

Read more...

KARNIVAL OKU SEMPENA SAMBUTAN HARI OKU 2009

>> Jan 1, 2010


12 Disember, 2009
Di Borneo Paradise Resort, Kinarut, Papar

Karnival Orang Kurang Upaya ini adalah julung kali diadakan di Sabah. Objektif utamanya ialah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa; i) orang kurang upaya juga mempunyai hak dalam masyarakat, ii) meningkatkan kemudahan-kemudahan bagi Orang Kurang Upaya dan iii) memperlihatkan kebolehan, keupayaan, kemampuan dan kemahiran orang kurang upaya yang boleh diserapkan dalam masyarakat.
[Jornah sedang menyampaikan hadiah kepada pasukan pemenang tempat ketiga bagi acara pertandingan Giant Slippers]

Read more...

About This Blog

1. Aktiviti Semasa Jornah Mozihim
2. Aktiviti Masa Lalu Jornah Mozihim
3. Maklumat untuk pembaca

I am also at



  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008. - - - - - - - JORNAH MOZIHIM © 2010 All rights reserved. - - - - - - -

Back to TOP