PENINGKATAN EKONOMI
>> Nov 15, 2010
Gambar kenangan: Para peserta Seminar
Program: Seminar Ibu Tunggal
Ceramah I: Kerohanian disampaikan oleh Pst Laura
Ceramah II : Peningkatan Ekonomi yang disampaikan oleh Puan Jornah Mozihim
Tarikh: 30hb Oktober, 2010
Tempat: Kg. Pakuh, Matunggong
Anjuran: Pusat Pembangunan Wanita PCS
Ceramah tersebut telah memotivasikan 70 lebih orang wanita Gereja.
Pengisian:
1. Bagaimana mengatur Ekonomi Keluarga
2. Bagaimana meningkatkan ekonomi Keluarga
3. Bagaimana mencapai sasaran New Ekonomic Model yang mensasarkan setiap keluarga harus ada RM48 ribu setiap tahun atau RM4 ribu setiap bulan menjelang wawasan 2020.
Ceramah adalah khas bagi mereka yang menceburi TANAMAN JANGKA PANJANG.
Marilah kita mewar-warkan sasaran NEM agar orang kita tidak ketinggalan. Fikirkan sekarang bagaimana kita mencapai sasaran tersebut.
Saya amat gembira dapat berkongsi idea yang dapat membangkitkan semangat orang kita. Setakat ni saya dah kongsikan idea tersebut kpd 140 orang; iaitu 72 orang wanita peserta Seminar di Gereja Kg. Pakuh dan pada malam itu (hari yang sama) sempena Majlis makan malam di Gereja Kandawayon, telah dapat mengongsikan idea tersebut kepada 60 lebih orang.
Keesokannya; saya mendapat feedback di mana seorang ibu berumur lingkungan 70an (peserta Seminar di Kg. Pakuh) telah mengumpulkan semua anak/cucunya pada malam itu juga dan mengongsikan ceramah tersebut.
Ceramah ini dikhususkan kpd orang Rungus yang punya bidang tanah yg belum diusahakan.
Untuk maklumat lanjut tentang Ceramah Peningkatan Ekonomi tersebut, sila lihat album di Facebook saya bertajuk: Seminar Ibu Tunggal
0 comments:
Post a Comment